Untuk kelab, persatuan negeri atau pegawai bertanggungjawab yang menguruskan acara sendiri. Panel Penganjur dibuka selepas permohonan penganjuran diluluskan admin MAREOS, dan meliputi acara yang diberikan kepada anda sahaja.
Siapkan bahagian ini sebelum pendaftaran dibuka. Mengubah yuran selepas peserta membayar menyebabkan percanggahan rekod.
Anda akan nampak pautan Hakim dalam menu sisi, tetapi ia masih dalam pembangunan dan terhad kepada pentadbir. Mengkliknya akan mengembalikan anda ke dashboard dengan mesej amaran — itu bukan kerosakan.
Buat masa ini, penetapan hakim untuk acara anda diuruskan oleh admin MAREOS. Hubungi mereka dengan senarai hakim yang anda perlukan.
Butang Eksport pada skrin Peserta menjana fail Excel senarai penuh. Gunakannya untuk penyediaan target list, kad skor, dan penyerahan kepada sistem pemarkahan.